 |
Menara KLCC |
"MENARA IMPIAN"
Aktiviti membuat Menara Impian bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan bekerjasama. Aktiviti selama 60 minit ini memerlukan dua keping kad manila. senaskah surat khabar, pita pelekat, gam, pen penanda dan gunting.
Peserta memulakan aktiviti dengan berbincang tentang menara yang ingin dibina. Kemudian, peserta perlu membina menara menggunakan bahan yang diberikan dalam masa 45 minit.
Mereka perlu menamakan menara yang dibina dan menyatakan keistimewaannya. Menara yang paling istimewa akan memenangi pertandingan.
" Naik Rakit "
Masa : 45 minit
Bahan : Dua helai kertas surat khabar
Tujuan : Melahirkan semangat perpaduan dan bekerjasama
Cara-cara aktiviti dilaksanakan :
Lima orang peserta dikehendaki bergerak ke arah stesen yang ditetapkan menggunakan dua helai kertas surat khabar. Peserta yang kakinya terpijak lantai dan kertas itu terkoyak akan dikira batal.Pemenang aktiviti ini ditentukan berdasarkan kepantasan peserta dalam kumpulan yang sampai di stesen terakhir.
PERSEMBAHAN SENI BUDAYA
Warga Sekolah Kebangsaan Bestari Jaya diundang ke Pertunjukan Persembahan Seni Budaya. Butiran mengenai persembahan itu adalah seperti yang berikut :
Tarikh : 18 April 2013
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Sekolah
Waktu : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi
" MASUK ADALAH PERCUMA "